Thursday, 15 September 2011

mengorentasikan diri

yuhuu..lama sudah tidak merepek kat sini. untuk entry kali ni aku nak cakap pasal orentasi la. seperti yang semua sedia maklum (ayat nak skema), budak-budak junior baru masuk U minggu lepas. jadi sebagai orang yang sayangkan kolej, aku telah diminta untuk mengorbankan cuti raya aku untuk menjadi pc/fasi. aku ni dari zaman matrik lagi dah dapat jadi fasi. padahal bukannya aktif sangat pun. takpe. cari pengalaman.
ok sambung cite orentasi. secara jujurnya la kan, orentasi adalah minggu yang menyeronokkan. setakat kena marah, tengking, bangun pagi tu semua biasa la. nama pun orentasi. nak mendisiplinkan pelajar baru. aku dulu pun macam tu jugak. merungut tak ingat dunia. dengan penat lagi. tapi bila lama-lama korang konfem akan tersenyum ingat memori time orentasi. kelakar. muka time tu semua bajet skema je. kalau korang rasa tak puas hati lagi, korang la pulak apply jadi fasi untuk next year. balas dendam la balik. :p
macam-macam perangai aku jumpa time orentasi ni. tapi in general, batch kali ni, untuk U aku la, macam kurengg sikit. manja lebih. especially perempuan. kat faculty aku pulak, junior tak reti respect senior. haish..ape la. walaupun maybe junior tu lagi tua dari senior tu, tapi at least respect la dorang sebagai seorang yang dah lama kat U ni. tapi kan, satu benda yang aku dapat detect sepanjang minggu lepas and minggu ni, sape-sape yang pakai smart-smart, skema semacam, kasut bertutup pastu matric card tergantung kat leher, konfem budak first year. dengan bawa beg ukm lagi. peh. memang ciri-ciri mahasiswa contoh la dorang ni. tapi tengok je la bape lama boleh bertahan imej 'baik' tu. lepas 2-3 minggu hilang le. mana taknye, mesti dorang tiru ape yang senior dorang buat. tak pakai kad matrik, pakai selipar pegi kelas. macam senior yang tulis entry ni jugak :p. ok byeee!

Saturday, 27 August 2011

benci! benci! benci!

wah da lama tak tulis entry baru tetibe je ada rasa benci membenci tau. aku bukan benci kat orang lain. aku cuma benci sebab aku dah macam suka kat seseorang. aku benci sebab perasaan tu rupanya aku rasa sorang diri je a.k.a syok sendiri a.k.a  bertepuk sebelah tangan. aku benci sebab rasa dalam hati aku ni dah mula nak mekar *ayat novel. pinjam jap. aku benci sebab aku dengan dia bukannya dapat jumpa lagi. aku benci sebab aku selalu ingat kat dia. aku benci sebab aku tak tau dia anggap aku sebagai apa. aku benci sebab orang sekeliling cakap dia suka kat aku tapi hakikatnya dia maybe anggap aku macam adik dia je. dan aku jugak benci sebab nanti akhirnya aku yang kecewa dan malu sendiri. solusinya di sini ialah, aku selalu doa kat Pencipta aku, kalau dia yang terbaik untuk aku, dekatkan dia dengan aku. kalau tak, jauhkan dia dari aku dan get my normal life back. amin.

p/s:  normal kan aku rasa macam ni di usia aku yang 20 tahun ni? tak salah kan? kita tunggu dan lihat je la sampai bila perasaan aku ni boleh bertahan. kalau kes ni kes 'monkey love' then it should be kejap je la. we'll see :)

yang membenci,

Saturday, 6 August 2011

money money

Tanggal 5 0gos 2011 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1432H, pada pukul 4 lebih macam tu aku telah mendapat gaji aku yang pertama! yeehaaaa!!! yabedabeduuuuu!!! i've got my first pay! lalalalalala. happy gilak. walaupun tak banyak mana tapi aku rasa happy, rasa puas sebab at last dapat tengok dan merasa hasil dari pekerjaan yang aku buat. kerja aku yang pertama pulak tu. and gaji aku lebih sikit dari apa yang aku expect. haruslah lagi berbunga-bunga hati aku kan. selalu abang yang jadi rakan sekerja aku tu tanya, "kalau dah dapat gaji nanti nak buat ape?". seriously, aku pun tak tau. tak penah pikir pun. nak simpan la kot untuk cover duit ptptn aku yang da nazak sebab kene guna time pegi holiday aritu. hehe
kalau aku guna pun maybe beli benda-benda macam kasut atau baju sehelai dua untuk raya ni. and kasi parents aku sikit. bajet macam gaji seribu lebih tau nak rancang-rancang segala bagai ni. alah bukannya apa. nak jugak kene jimat. takkan nak pegi perabis duit tu semua dalam sekelip mata je. kene gak menyimpan demi masa depan yang cerah. ye la kan. duit ptptn tu nanti bukannya cukup sangat nak tampung hidup kat ukm nuh. plus aku memang jarang gila-gila mintak duit dari parents aku sepanjang duk kat ukm tu. semuanya tanggung sendiri menggunakan khidmat abang ptptn. dengan nak bayar yuran lagi. itu ini. haish.. banyak wei. so kesimpulannya, duit gaji tu haruslah digunakan dengan cara yang betul. jadilah seorang pengguna yang bijak.*motif keluarkan ayat macam ni? okay. sampai sini je. adios.

p/s: nasib baik i bukan shopaholic u olls! kalau tak lingkup duit gaji i. 

Tuesday, 2 August 2011

welcome ramadhan!

assalamualaikum. salam ramadhan kepada semua ye. semoga ramadhan kali ni membawa lebih banyak keberkatan kepada kita semua. lama sungguh tak post entry baru. takde masa la. almaklumlah, wanita bekerjaya. huhu
sekejap je da masuk bulan puasa kan? pastu nak raya dah. sejujurnya, aku memang ternanti -nanti bulan puasa. rasa happy je bila nak tiba time puasa. alhamdullilah. aku sangat bersyukur sebab aku ada perasaan macam tu. sebab aku ada dengar cite yang ada orang memang tak suka dengan bulan puasa ni. kenapa ye? sebab tak boleh makan? minum? gitu ke? haish. pendek sungguh akal orang-orang itu ye. padahal dalam bulan yang mulia ni macam-macam advantages yang kita boleh dapat. plus dapat pahala lagi.
cite pasal orang-orang 'kurang bernasib baik' ni, lepas subuh tadi aku godeh-godeh la fb kejap. tetibe ternampak sorang kawan fb ni post satu gambar. and dia tulis 'nauzubillah'. hati melonjak-lonjak ingin tahu lantas ku klik gambar tersebut. gambar tu dari satu group murtad ni. kat gambar tu ada komen 1 ustaz ni cakap yang hukum tengok najis sendiri tu haram. then si admin kelab murtad ni ape lagi. terus menganjing agama Islam la. dikatanya agama yang suci ni bodoh. then aku klik lagi next picture, macam-macam wei dorang kutuk Islam.
and yang paling tak tahan kan, dorang samakan Allah dan Nabi Muhammad dengan binatang yang haram tu. serius wa cakap, meleleh gak air mata time baca komen dorang. tak tau nak explain macam mana tapi memang teruk la cara dorang tu. siap ajak masuk agama Buddha lagi. terus aku terpikir, sejahat-jahat aku, sejahil-jahil aku, rupanya ada orang yang berjuta-juta kali teruk dari aku. dan dorang semua bukannya calang-calang orang. berpendidikan tinggi semuanya. dah la dorang kutuk bulan puasa jugak. ada ke patut dorang ajak makan b**i time berbuka nanti? astaghfirullah. sedih aku. ada pulak yang terang-terangan cakap, dia puasa, sembahyang semua cukup tapi hanya sebab parents dia suruh. tapi dalam hati dia memang dia tak mengaku Islam dan Allah. macam mana tu? dan dorang jugak sanggup mempermain-mainkan ayat-ayat al-Quran dan hadis. tak sanggup aku nak baca. terus tutup page tu.
ok la. aku rasa sampai sini je la dulu. baik aku fokus kat ibadah aku je time puasa ni. kurangkan bercakap benda yang sia-sia a.k.a mengumpat, kontrol segala nafsu, tingkatkan dan banyakkan amalan time puasa ni. gerenti keberkatan dan kemuliaan bulan ramadhan ni akan dirasai oleh anda cik fad! selamat berpuasa!

 

Monday, 18 July 2011

wanita bekerjaya

tengok tajuk macam gah gila. padahal keje promoter je. hehe. al maklumlah saya ni kan baru first time nak bekerja setelah 19 tahun lebih hidup di bumi Allah ni. dulu tu bukannya taknak kerja tapi rezeki takde.*padahal malas nak cari kerja
la ni ada peluang orang bagi aku rembat je la. cuak gak mula-mula sebab tak penah kerja langsung kan sebelum ni. macam-macam duk pikir. and sapa cakap keje promoter tu senang? susah woo wa cakap sama lu. kene berdiri sepanjang masa. serve customer yang banyak and yang paling mencabar bagi aku la kan, aku kene panjat tangga yang tinggi mampus tu. aku ni, tangga yang rendah tu pun memang haram aku nak panjat, ni kan pulak yang bapak tinggi punya tangga tu. memang takut la masa mula-mula. sekarang ni macam ok sikit tapi still ada rasa takut gak. oh btw aku keje promoter bahagian kasut.
part yang tak best bila aku keje ni adalah aku takde kawan. bayangkan time rehat sejam tu orang lain pegi makan dengan geng-geng dorang. aku? aku duk dalam surau je. makan pun tidak sebab takde geng. aishh..ni la masalah aku. susah nak dapat kawan. orang tak peramah la katakan. nasib.. nasib..
tapi keje kat situ aku memang suka memalukan diri sendiri. tu yang tension tu. malu pulak depan abang-abang yang keje kat situ. memang terbaik ah. setakat jatuh-jatuh barang depan dorang memang dah makanan harian aku. takdenye aku boleh nak kontrol-kontrol ayu dah. dah la dengan pakaian yang aku tengok selekeh je bila aku pakai tu. memang kalau aku jadi lelaki pun, takde selera aku tengok diri aku ni. hoho
walau apa-apa pun, aku harap aku dapat la bertahan keje kat sana sebab niat aku hanyalah untuk cari rezeki lebih and untuk dapatkan pengalaman. tu je.

p/s: keje kat tempat ni, aku terserempak ramai ex sekolah rendah aku dulu. tapi masing-masing macam buat-buat tak kenal. senyum je. kalau yang tegur tu, tegur la. and sejak keje kat sini kaki aku hari-hari sakit. serius aku dah rase macam orang tua dah ni. adoyai..

Monday, 11 July 2011

dari KL ke Cherating

akhirnya selamat jugak sampai ke Kay-Hel. pheww! lega den. tujuan datang KL ni sebenarnye nak menjalankan misi ke Cherating. holiday yaw. dengan kawan-kawan tersayang. walaupun hanya 5 orang je yang join, kiteorang tetap have fun. plus hubungan kiteorang bertambah rapat lagi. credit to cik bihah yang sudi jadi driver kami tanpa mengenal erti penat lelah memandu selama berjam-jam lamanya. demi kawan kata dia.

                                                         fokus fokus

credit jugak untuk Pak Itam Inn yang telah menyediakan tempat yang sangat selesa untuk kiteorang. serius excited time check in tu. cantik tempat tu. and yang paling best murah harga dia. kalau pegi ramai-ramai memang gila bapak punya jimat la. next time kiteorang pasti akan datang lagi. ini bukan janji tapi pastinye pun adoi! :p

                                            abaikan muka aku yang control cun tu


pendek kata, selama 3 hari 2 malam percutian kiteorang tu, satu pahang kiteorang round. syok gila sampai rasa taknak balik. bila la lagi dapat kumpul macam ni. masing-masing dah la jauh. takpe. lepas grad nanti insyaALLAH akan kumpul sekali lagi. maybe jumlah ahli akan bertambah sikit. harap-harap la. actually banyak lagi gamba yang aku amik tapi semua kat fb. kalau nak tengok, sudi-sudi lah jengah fb saya ye. sampai sini je dulu. bye bye.


Thursday, 7 July 2011

KL

entry ni takde kene mengena dengan cite KL gangster tu yang dilakonkan oleh ramai abang hot antaranya abang zizan kita(aku minat gila si mail lambung ni). takde ye. langsung takde kene mengena. aku tulis ni sebab esok aku nak pegi KL la. nak pegi umah kawan aku. kiteorang ada misi sikit. misi ape? tak boleh bagitau skang. tungguuuuu... cakap pasal KL ni, kalau orang tua-tua la kan, dorang mesti sebut KL tu sebagai Kolumpo. sangat style gitu. otai yaw! tapikan ada kawan-kawan aku saja je sebut KL tu KL lumpur. dah ada KL nak jugak tambah lumpur kat belakang tu. =__= 
tapi kalau diikutkan aku, yang paling best sebutan KL dalam dunia datangnye dari cousin aku yang bernama hanif. dia dengan selambanya sebut KL sebagai "Kay-Hel". da macam terkehel pun ada aku dengar. walaupun dia baru umur 4 tahun bila sebut perkataan tu tapi bagi aku dia la paling stylo. hidup Kay-Hel!! bayangkan tajuk filem KL Gangster jadi Kay-Hel Gangster. gerenti lebih dari 11 juta pun boleh dapat la wa cakap sama lu.
ok.sebelum aku mengarut lebih lanjut, baiklah aku stop dulu. harap-harap aku sampai KL dengan selamat esok. amin.




Tuesday, 5 July 2011

saya nak jadi masterchef ...........

ok. melihat kepada tajuk entry kat atas ni maybe ramai orang especially yang kenal rapat dengan aku akan muntah darah. sebabnya aku ni nak pegang title chef kat rumah pun rasenye tak tercapai akalku inikan pulak nak jadi masterchef. sebenarnye aku bukan nak jadi masterchef yang tukang masak tu. aku cuma nak jadi masterchef punya juri je. ye. hanya juri. tu je yang aku mintak. sepanjang cuti ni keje aku kan duk tengok tv je. masterchef australia pulak memang salah satu program fevret aku untuk ditonton. so bila tengok peserta-peserta masak tu memang sumpah rasa jeles dengan juri dia. dorang dapat rasa makanan yang sedap-sedap tu. sedangkan aku hanya mampu menelan air liur je kat rumah. cis. ini tidak adil! tu yang berazam nak jadi juri gak tu. tapi bila aku da berazam macam tu, tetiba macam ada suara-suara sumbang berbisik kat telinga aku ni yang cakap, "juri pun kena tau masak jugak. baru boleh judge orang". lantas dengan rasa kecewanya, aku menguburkan niat ku itu. sekian.

p/s: tak sabar nak tengok masterchef malaysia. best ke tak ye? btw maybe sekarang aku tak bape nak pandai masak, tapi insyaAllah aku akan belajar jugak. demi masa depan keluarga yang cerah nanti :p for me, the best chef in the world is my ibu and ayah :)

Monday, 4 July 2011

tewas tapi mara

bola lagi! tapi kali ni team kita tewas la pulak. tapi takpe. kita kalah bermaruah. and the best thing is kita masih layak nak bertanding untuk worldcup. secara peribadinya la kan, aku rasa pengadil dari vietnam tu sangat la tak adil. pemain taiwan pulak macam mengada-ngada. jatuhnya sikit tapi sakit yang dia rasa tu bukan main lagi. muka macam nak nangis. pemain malaysia jatuh aku tengok rilek je dorang. then sikit2 pihak lawan dapat penalti. mana aci. memang masa tengok tadi berbakul-bakul kata-kata cacian dan makian untuk pengadil tu. kecik besar kecik besar je aku tengok die tadi. serius cakap, die tak adil. and aku dapat tahu die jugak yang jadi pengadil masa malaysia lawan indonesia untuk piala suzuki AFF. time tu malaysia kalah jugak. 1-5. bukan aku je cakap camni, kawan-kawan aku kat fb pun sependapat dengan aku. untuk game tadi, taiwan menang dengan 3-2. tapi dari segi aggregate dorang seri. 4 sama. so sebab tu la team kita masih layak lagi untuk next match. kredit untuk encik aidil and encik kapten yang berjaya menjaringkan gol untuk malaysia. untuk next perlawanan ni, skuad harimau malaya terchenta akan lawan singapura. lagi sekali, aku doakan semoga dorang akan berjaya sebab bak kata peminat bolasepak yang lain, malaysia main dengan ikhlas.. amin.

Sunday, 3 July 2011

eh bengang la!

anda penah rasa nak cekik orang? nak marah orang? nak sepak terajang orang? ye itu la yang aku tengah rasa sekarang ni. tapi tak sampai hati pulak nak buat macam tu. aku bukannya sekejam tu kot. cuma aku rasa sikitttt je... tak banyak pun. cuma sikittttt je rasa kecewa bila usaha kita untuk buat sesuatu tu dipandang sepi dan dibuat macam ala-ala sampah gitu. takpe takpe. ujian untuk aku. terima dengan redha. kalau ikut akal aku yang tengah tak stabil ni memang da lama tarik diri dah. tapi memikirkan insan-insan tak bersalah aku teruskan jugak. walau apa-apa pun, aku try gak kuatkan diri and teruskan ikut perancangan asal. you can do it fad! because you're macho. *ok ni geli. bye.
                                                                                                                                                                       

Thursday, 30 June 2011

harimau malaya semakin gagah!

aku ni bukanlah peminat bola sepak sangat. biasa-biasa je. orang ajak tengok. aku join. kalau tak, aku buat la keje sendiri. tapi dari pagi tadi aku duk dengar radio- HOT fm, dorang kata doakan kejayaan malaysia malam ni. aku pun siasat la pasal  apa. rupa-rupanya team bola kita nak lawan china taipei/taiwan untuk pra-kelayakan masuk worldcup 2014 nanti. fuyoo. agak hebat gak tu. ye la kan. team kita kan mana penah sampai tahap macam ni kecuali time-time mokhtar dahari dulu tu. so pukul 8.30 tadi, adik aku pun bukak la bola tu. aku pun tumpang la sekaki.aku tanya sikit-sikit kat dia pasal player malaysia ni. aku bukannya kenal sangat kecuali si kembar tu, si mamat apek tu. yg femes-femes tu kenal la. tapi adik aku cakap si apek tu tak main sebab cedera. tengok punya tengok malaysia dapat la 1 gol. tu pun sebab kapten dia golkan. then dapat lagi 1 gol. si aidil golkan. adik aku cakap malaysia target 3 gol. tak tau betul ke tak. aku dengar je la. last sekali, keputusan akhir, malaysia-2 taiwan-1. ok la tu. kita tunggu je la next perlawanan sebab adik aku cakap dorang akan lawan sekali lagi. tapi time ni kat tempat pihak lawan pulak. harap-harap kali ni malaysia menang lagi. doakan aje la untuk kejayaan team kita. macam-macam feedback yang aku baca dalam facebook tadi. ada yang kata ok la, ada yang kata warna baju tak sesuai la. ish. ada pulak gitu ye. pakai je la baju apa pun. kalau dah ditakdirkan malaysia menang, kita menang jugak.
  
                                                                                              mana 1 lagi cantik?

btw adik aku cakap malaysia boleh sampai peringkat ni pun sebab dapat coach yang bagus. sapa lagi kalau bukan Dato' Rajagopal, ex-player team malaysia time dulu-dulu. maybe dengan ada coach macam beliau team kita akan lebih success lagi. insyaALLAH. MALAYSIA BOLEH! hehe. terlebih semangat pulak.
lastly, sori lah kalau ada fakta dalam entry macam tak bape nak betul sikit. saya kan budak baru belaja nak minat bola. :p  apa-apa pun, next perlawanan aku mesti tengok.

p/s: meluat tengok perempuan yang tak minat bola langsung tapi tiba-tiba jadi minat sebab bf dia suka tengok bola. bukan setakat minat biasa-biasa tapi macam dah terover minat pulak padahal satu apa pun tak tau.