Friday 18 September 2015

Hati

Hai la hati. Kenapa perlu berbelah bahagi? Kenapa perlu membuat pilihan? Tak boleh ke kau puaskan hati semua orang?
Kenapa perlu lemah? Kenapa perlu pendam? Luahkan apa yang terbuku. Bukan ke lagi mudah begitu?
Duhai hati. Kau buat la apa saja. Tapi akhirnya kau yang akan terluka.
Aku mengharap aku punya dua hati agar tiada siapa yang sakit di penghujungnya.
Wahai pencipta diri ini, aku serahkan hatiku kepada Mu kerana sesungguhnya hanya Kau sahaja yang layak memiliki hatiku ini..

Yang keliru,
Yang buntu,
Yang berbelah bahagi,
Yang tiada hati lagi,

Tuesday 15 September 2015

Errr..hai?

Well hello there. After so many years, here I am. *bajet kau ingat ade org baca blog kau?

Tergerak hati nak bukak blog ni balik and seriously tak sangka aku yang tulis semua ni dulu. Betapa naif nye aku dulu2. Huhuhu

People change. So do I. Too many things happened in my life. Banyak benda aku dah lalui. Dari zaman belajar sekarang dah grad, dah kerja dah pun. Dari zaman acah2 benci diri sendiri sebab 1st time suka kt lelaki (Lols sgt), sekarang dah ada yang punya dah pun (Luls sgt)

And dari zaman aku hidup dengan ayah aku, sekarang dia dah takde dah pun. Dah kembali di sisi Penciptanya. How I miss him. Al fatihah ayah.

Well, like I said before, terlalu banyak benda dah jadi yang telah mengubah dan mematangkan aku. Aku dalam fasa dewasa sekarang ni. Bukan remaja lagi. But I still the old Fad.

Welcome back Fad. I miss u

Sincerely,



P/s: ya Allah! Baru perasan my last post was on the 15th September 2011 and this post is also on the 15th of September. Kebetulan apekah ini?

Thursday 15 September 2011

mengorentasikan diri

yuhuu..lama sudah tidak merepek kat sini. untuk entry kali ni aku nak cakap pasal orentasi la. seperti yang semua sedia maklum (ayat nak skema), budak-budak junior baru masuk U minggu lepas. jadi sebagai orang yang sayangkan kolej, aku telah diminta untuk mengorbankan cuti raya aku untuk menjadi pc/fasi. aku ni dari zaman matrik lagi dah dapat jadi fasi. padahal bukannya aktif sangat pun. takpe. cari pengalaman.
ok sambung cite orentasi. secara jujurnya la kan, orentasi adalah minggu yang menyeronokkan. setakat kena marah, tengking, bangun pagi tu semua biasa la. nama pun orentasi. nak mendisiplinkan pelajar baru. aku dulu pun macam tu jugak. merungut tak ingat dunia. dengan penat lagi. tapi bila lama-lama korang konfem akan tersenyum ingat memori time orentasi. kelakar. muka time tu semua bajet skema je. kalau korang rasa tak puas hati lagi, korang la pulak apply jadi fasi untuk next year. balas dendam la balik. :p
macam-macam perangai aku jumpa time orentasi ni. tapi in general, batch kali ni, untuk U aku la, macam kurengg sikit. manja lebih. especially perempuan. kat faculty aku pulak, junior tak reti respect senior. haish..ape la. walaupun maybe junior tu lagi tua dari senior tu, tapi at least respect la dorang sebagai seorang yang dah lama kat U ni. tapi kan, satu benda yang aku dapat detect sepanjang minggu lepas and minggu ni, sape-sape yang pakai smart-smart, skema semacam, kasut bertutup pastu matric card tergantung kat leher, konfem budak first year. dengan bawa beg ukm lagi. peh. memang ciri-ciri mahasiswa contoh la dorang ni. tapi tengok je la bape lama boleh bertahan imej 'baik' tu. lepas 2-3 minggu hilang le. mana taknye, mesti dorang tiru ape yang senior dorang buat. tak pakai kad matrik, pakai selipar pegi kelas. macam senior yang tulis entry ni jugak :p. ok byeee!

Saturday 27 August 2011

benci! benci! benci!

wah da lama tak tulis entry baru tetibe je ada rasa benci membenci tau. aku bukan benci kat orang lain. aku cuma benci sebab aku dah macam suka kat seseorang. aku benci sebab perasaan tu rupanya aku rasa sorang diri je a.k.a syok sendiri a.k.a  bertepuk sebelah tangan. aku benci sebab rasa dalam hati aku ni dah mula nak mekar *ayat novel. pinjam jap. aku benci sebab aku dengan dia bukannya dapat jumpa lagi. aku benci sebab aku selalu ingat kat dia. aku benci sebab aku tak tau dia anggap aku sebagai apa. aku benci sebab orang sekeliling cakap dia suka kat aku tapi hakikatnya dia maybe anggap aku macam adik dia je. dan aku jugak benci sebab nanti akhirnya aku yang kecewa dan malu sendiri. solusinya di sini ialah, aku selalu doa kat Pencipta aku, kalau dia yang terbaik untuk aku, dekatkan dia dengan aku. kalau tak, jauhkan dia dari aku dan get my normal life back. amin.

p/s:  normal kan aku rasa macam ni di usia aku yang 20 tahun ni? tak salah kan? kita tunggu dan lihat je la sampai bila perasaan aku ni boleh bertahan. kalau kes ni kes 'monkey love' then it should be kejap je la. we'll see :)

yang membenci,

Saturday 6 August 2011

money money

Tanggal 5 0gos 2011 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1432H, pada pukul 4 lebih macam tu aku telah mendapat gaji aku yang pertama! yeehaaaa!!! yabedabeduuuuu!!! i've got my first pay! lalalalalala. happy gilak. walaupun tak banyak mana tapi aku rasa happy, rasa puas sebab at last dapat tengok dan merasa hasil dari pekerjaan yang aku buat. kerja aku yang pertama pulak tu. and gaji aku lebih sikit dari apa yang aku expect. haruslah lagi berbunga-bunga hati aku kan. selalu abang yang jadi rakan sekerja aku tu tanya, "kalau dah dapat gaji nanti nak buat ape?". seriously, aku pun tak tau. tak penah pikir pun. nak simpan la kot untuk cover duit ptptn aku yang da nazak sebab kene guna time pegi holiday aritu. hehe
kalau aku guna pun maybe beli benda-benda macam kasut atau baju sehelai dua untuk raya ni. and kasi parents aku sikit. bajet macam gaji seribu lebih tau nak rancang-rancang segala bagai ni. alah bukannya apa. nak jugak kene jimat. takkan nak pegi perabis duit tu semua dalam sekelip mata je. kene gak menyimpan demi masa depan yang cerah. ye la kan. duit ptptn tu nanti bukannya cukup sangat nak tampung hidup kat ukm nuh. plus aku memang jarang gila-gila mintak duit dari parents aku sepanjang duk kat ukm tu. semuanya tanggung sendiri menggunakan khidmat abang ptptn. dengan nak bayar yuran lagi. itu ini. haish.. banyak wei. so kesimpulannya, duit gaji tu haruslah digunakan dengan cara yang betul. jadilah seorang pengguna yang bijak.*motif keluarkan ayat macam ni? okay. sampai sini je. adios.

p/s: nasib baik i bukan shopaholic u olls! kalau tak lingkup duit gaji i. 

Tuesday 2 August 2011

welcome ramadhan!

assalamualaikum. salam ramadhan kepada semua ye. semoga ramadhan kali ni membawa lebih banyak keberkatan kepada kita semua. lama sungguh tak post entry baru. takde masa la. almaklumlah, wanita bekerjaya. huhu
sekejap je da masuk bulan puasa kan? pastu nak raya dah. sejujurnya, aku memang ternanti -nanti bulan puasa. rasa happy je bila nak tiba time puasa. alhamdullilah. aku sangat bersyukur sebab aku ada perasaan macam tu. sebab aku ada dengar cite yang ada orang memang tak suka dengan bulan puasa ni. kenapa ye? sebab tak boleh makan? minum? gitu ke? haish. pendek sungguh akal orang-orang itu ye. padahal dalam bulan yang mulia ni macam-macam advantages yang kita boleh dapat. plus dapat pahala lagi.
cite pasal orang-orang 'kurang bernasib baik' ni, lepas subuh tadi aku godeh-godeh la fb kejap. tetibe ternampak sorang kawan fb ni post satu gambar. and dia tulis 'nauzubillah'. hati melonjak-lonjak ingin tahu lantas ku klik gambar tersebut. gambar tu dari satu group murtad ni. kat gambar tu ada komen 1 ustaz ni cakap yang hukum tengok najis sendiri tu haram. then si admin kelab murtad ni ape lagi. terus menganjing agama Islam la. dikatanya agama yang suci ni bodoh. then aku klik lagi next picture, macam-macam wei dorang kutuk Islam.
and yang paling tak tahan kan, dorang samakan Allah dan Nabi Muhammad dengan binatang yang haram tu. serius wa cakap, meleleh gak air mata time baca komen dorang. tak tau nak explain macam mana tapi memang teruk la cara dorang tu. siap ajak masuk agama Buddha lagi. terus aku terpikir, sejahat-jahat aku, sejahil-jahil aku, rupanya ada orang yang berjuta-juta kali teruk dari aku. dan dorang semua bukannya calang-calang orang. berpendidikan tinggi semuanya. dah la dorang kutuk bulan puasa jugak. ada ke patut dorang ajak makan b**i time berbuka nanti? astaghfirullah. sedih aku. ada pulak yang terang-terangan cakap, dia puasa, sembahyang semua cukup tapi hanya sebab parents dia suruh. tapi dalam hati dia memang dia tak mengaku Islam dan Allah. macam mana tu? dan dorang jugak sanggup mempermain-mainkan ayat-ayat al-Quran dan hadis. tak sanggup aku nak baca. terus tutup page tu.
ok la. aku rasa sampai sini je la dulu. baik aku fokus kat ibadah aku je time puasa ni. kurangkan bercakap benda yang sia-sia a.k.a mengumpat, kontrol segala nafsu, tingkatkan dan banyakkan amalan time puasa ni. gerenti keberkatan dan kemuliaan bulan ramadhan ni akan dirasai oleh anda cik fad! selamat berpuasa!

 

Monday 18 July 2011

wanita bekerjaya

tengok tajuk macam gah gila. padahal keje promoter je. hehe. al maklumlah saya ni kan baru first time nak bekerja setelah 19 tahun lebih hidup di bumi Allah ni. dulu tu bukannya taknak kerja tapi rezeki takde.*padahal malas nak cari kerja
la ni ada peluang orang bagi aku rembat je la. cuak gak mula-mula sebab tak penah kerja langsung kan sebelum ni. macam-macam duk pikir. and sapa cakap keje promoter tu senang? susah woo wa cakap sama lu. kene berdiri sepanjang masa. serve customer yang banyak and yang paling mencabar bagi aku la kan, aku kene panjat tangga yang tinggi mampus tu. aku ni, tangga yang rendah tu pun memang haram aku nak panjat, ni kan pulak yang bapak tinggi punya tangga tu. memang takut la masa mula-mula. sekarang ni macam ok sikit tapi still ada rasa takut gak. oh btw aku keje promoter bahagian kasut.
part yang tak best bila aku keje ni adalah aku takde kawan. bayangkan time rehat sejam tu orang lain pegi makan dengan geng-geng dorang. aku? aku duk dalam surau je. makan pun tidak sebab takde geng. aishh..ni la masalah aku. susah nak dapat kawan. orang tak peramah la katakan. nasib.. nasib..
tapi keje kat situ aku memang suka memalukan diri sendiri. tu yang tension tu. malu pulak depan abang-abang yang keje kat situ. memang terbaik ah. setakat jatuh-jatuh barang depan dorang memang dah makanan harian aku. takdenye aku boleh nak kontrol-kontrol ayu dah. dah la dengan pakaian yang aku tengok selekeh je bila aku pakai tu. memang kalau aku jadi lelaki pun, takde selera aku tengok diri aku ni. hoho
walau apa-apa pun, aku harap aku dapat la bertahan keje kat sana sebab niat aku hanyalah untuk cari rezeki lebih and untuk dapatkan pengalaman. tu je.

p/s: keje kat tempat ni, aku terserempak ramai ex sekolah rendah aku dulu. tapi masing-masing macam buat-buat tak kenal. senyum je. kalau yang tegur tu, tegur la. and sejak keje kat sini kaki aku hari-hari sakit. serius aku dah rase macam orang tua dah ni. adoyai..