Thursday, 15 September 2011

mengorentasikan diri

yuhuu..lama sudah tidak merepek kat sini. untuk entry kali ni aku nak cakap pasal orentasi la. seperti yang semua sedia maklum (ayat nak skema), budak-budak junior baru masuk U minggu lepas. jadi sebagai orang yang sayangkan kolej, aku telah diminta untuk mengorbankan cuti raya aku untuk menjadi pc/fasi. aku ni dari zaman matrik lagi dah dapat jadi fasi. padahal bukannya aktif sangat pun. takpe. cari pengalaman.
ok sambung cite orentasi. secara jujurnya la kan, orentasi adalah minggu yang menyeronokkan. setakat kena marah, tengking, bangun pagi tu semua biasa la. nama pun orentasi. nak mendisiplinkan pelajar baru. aku dulu pun macam tu jugak. merungut tak ingat dunia. dengan penat lagi. tapi bila lama-lama korang konfem akan tersenyum ingat memori time orentasi. kelakar. muka time tu semua bajet skema je. kalau korang rasa tak puas hati lagi, korang la pulak apply jadi fasi untuk next year. balas dendam la balik. :p
macam-macam perangai aku jumpa time orentasi ni. tapi in general, batch kali ni, untuk U aku la, macam kurengg sikit. manja lebih. especially perempuan. kat faculty aku pulak, junior tak reti respect senior. haish..ape la. walaupun maybe junior tu lagi tua dari senior tu, tapi at least respect la dorang sebagai seorang yang dah lama kat U ni. tapi kan, satu benda yang aku dapat detect sepanjang minggu lepas and minggu ni, sape-sape yang pakai smart-smart, skema semacam, kasut bertutup pastu matric card tergantung kat leher, konfem budak first year. dengan bawa beg ukm lagi. peh. memang ciri-ciri mahasiswa contoh la dorang ni. tapi tengok je la bape lama boleh bertahan imej 'baik' tu. lepas 2-3 minggu hilang le. mana taknye, mesti dorang tiru ape yang senior dorang buat. tak pakai kad matrik, pakai selipar pegi kelas. macam senior yang tulis entry ni jugak :p. ok byeee!

0 sibuk nak mencoret jugak:

Post a Comment

moh le komen