la ni ada peluang orang bagi aku rembat je la. cuak gak mula-mula sebab tak penah kerja langsung kan sebelum ni. macam-macam duk pikir. and sapa cakap keje promoter tu senang? susah woo wa cakap sama lu. kene berdiri sepanjang masa. serve customer yang banyak and yang paling mencabar bagi aku la kan, aku kene panjat tangga yang tinggi mampus tu. aku ni, tangga yang rendah tu pun memang haram aku nak panjat, ni kan pulak yang bapak tinggi punya tangga tu. memang takut la masa mula-mula. sekarang ni macam ok sikit tapi still ada rasa takut gak. oh btw aku keje promoter bahagian kasut.
part yang tak best bila aku keje ni adalah aku takde kawan. bayangkan time rehat sejam tu orang lain pegi makan dengan geng-geng dorang. aku? aku duk dalam surau je. makan pun tidak sebab takde geng. aishh..ni la masalah aku. susah nak dapat kawan. orang tak peramah la katakan. nasib.. nasib..
tapi keje kat situ aku memang suka memalukan diri sendiri. tu yang tension tu. malu pulak depan abang-abang yang keje kat situ. memang terbaik ah. setakat jatuh-jatuh barang depan dorang memang dah makanan harian aku. takdenye aku boleh nak kontrol-kontrol ayu dah. dah la dengan pakaian yang aku tengok selekeh je bila aku pakai tu. memang kalau aku jadi lelaki pun, takde selera aku tengok diri aku ni. hoho
walau apa-apa pun, aku harap aku dapat la bertahan keje kat sana sebab niat aku hanyalah untuk cari rezeki lebih and untuk dapatkan pengalaman. tu je.
p/s: keje kat tempat ni, aku terserempak ramai ex sekolah rendah aku dulu. tapi masing-masing macam buat-buat tak kenal. senyum je. kalau yang tegur tu, tegur la. and sejak keje kat sini kaki aku hari-hari sakit. serius aku dah rase macam orang tua dah ni. adoyai..

3 sibuk nak mencoret jugak:
hahahaha..aku ingat nak cite pe lah pasal wanita bekerjaya ni..ekelehhh pasal promoter upenyer ..title takleh nak gah glameres lagi hahaha...good luck ng kerjaya baru ko tu hahaha
haha. title haruslah kene vogue the vass doh! thanks sebab hantar aku g keje on the 1st day aku start keje tu.
so lau dpat gaji jangan le luper aku hahahaha
Post a Comment
moh le komen