Monday, 18 July 2011

wanita bekerjaya

tengok tajuk macam gah gila. padahal keje promoter je. hehe. al maklumlah saya ni kan baru first time nak bekerja setelah 19 tahun lebih hidup di bumi Allah ni. dulu tu bukannya taknak kerja tapi rezeki takde.*padahal malas nak cari kerja
la ni ada peluang orang bagi aku rembat je la. cuak gak mula-mula sebab tak penah kerja langsung kan sebelum ni. macam-macam duk pikir. and sapa cakap keje promoter tu senang? susah woo wa cakap sama lu. kene berdiri sepanjang masa. serve customer yang banyak and yang paling mencabar bagi aku la kan, aku kene panjat tangga yang tinggi mampus tu. aku ni, tangga yang rendah tu pun memang haram aku nak panjat, ni kan pulak yang bapak tinggi punya tangga tu. memang takut la masa mula-mula. sekarang ni macam ok sikit tapi still ada rasa takut gak. oh btw aku keje promoter bahagian kasut.
part yang tak best bila aku keje ni adalah aku takde kawan. bayangkan time rehat sejam tu orang lain pegi makan dengan geng-geng dorang. aku? aku duk dalam surau je. makan pun tidak sebab takde geng. aishh..ni la masalah aku. susah nak dapat kawan. orang tak peramah la katakan. nasib.. nasib..
tapi keje kat situ aku memang suka memalukan diri sendiri. tu yang tension tu. malu pulak depan abang-abang yang keje kat situ. memang terbaik ah. setakat jatuh-jatuh barang depan dorang memang dah makanan harian aku. takdenye aku boleh nak kontrol-kontrol ayu dah. dah la dengan pakaian yang aku tengok selekeh je bila aku pakai tu. memang kalau aku jadi lelaki pun, takde selera aku tengok diri aku ni. hoho
walau apa-apa pun, aku harap aku dapat la bertahan keje kat sana sebab niat aku hanyalah untuk cari rezeki lebih and untuk dapatkan pengalaman. tu je.

p/s: keje kat tempat ni, aku terserempak ramai ex sekolah rendah aku dulu. tapi masing-masing macam buat-buat tak kenal. senyum je. kalau yang tegur tu, tegur la. and sejak keje kat sini kaki aku hari-hari sakit. serius aku dah rase macam orang tua dah ni. adoyai..

Monday, 11 July 2011

dari KL ke Cherating

akhirnya selamat jugak sampai ke Kay-Hel. pheww! lega den. tujuan datang KL ni sebenarnye nak menjalankan misi ke Cherating. holiday yaw. dengan kawan-kawan tersayang. walaupun hanya 5 orang je yang join, kiteorang tetap have fun. plus hubungan kiteorang bertambah rapat lagi. credit to cik bihah yang sudi jadi driver kami tanpa mengenal erti penat lelah memandu selama berjam-jam lamanya. demi kawan kata dia.

                                                         fokus fokus

credit jugak untuk Pak Itam Inn yang telah menyediakan tempat yang sangat selesa untuk kiteorang. serius excited time check in tu. cantik tempat tu. and yang paling best murah harga dia. kalau pegi ramai-ramai memang gila bapak punya jimat la. next time kiteorang pasti akan datang lagi. ini bukan janji tapi pastinye pun adoi! :p

                                            abaikan muka aku yang control cun tu


pendek kata, selama 3 hari 2 malam percutian kiteorang tu, satu pahang kiteorang round. syok gila sampai rasa taknak balik. bila la lagi dapat kumpul macam ni. masing-masing dah la jauh. takpe. lepas grad nanti insyaALLAH akan kumpul sekali lagi. maybe jumlah ahli akan bertambah sikit. harap-harap la. actually banyak lagi gamba yang aku amik tapi semua kat fb. kalau nak tengok, sudi-sudi lah jengah fb saya ye. sampai sini je dulu. bye bye.


Thursday, 7 July 2011

KL

entry ni takde kene mengena dengan cite KL gangster tu yang dilakonkan oleh ramai abang hot antaranya abang zizan kita(aku minat gila si mail lambung ni). takde ye. langsung takde kene mengena. aku tulis ni sebab esok aku nak pegi KL la. nak pegi umah kawan aku. kiteorang ada misi sikit. misi ape? tak boleh bagitau skang. tungguuuuu... cakap pasal KL ni, kalau orang tua-tua la kan, dorang mesti sebut KL tu sebagai Kolumpo. sangat style gitu. otai yaw! tapikan ada kawan-kawan aku saja je sebut KL tu KL lumpur. dah ada KL nak jugak tambah lumpur kat belakang tu. =__= 
tapi kalau diikutkan aku, yang paling best sebutan KL dalam dunia datangnye dari cousin aku yang bernama hanif. dia dengan selambanya sebut KL sebagai "Kay-Hel". da macam terkehel pun ada aku dengar. walaupun dia baru umur 4 tahun bila sebut perkataan tu tapi bagi aku dia la paling stylo. hidup Kay-Hel!! bayangkan tajuk filem KL Gangster jadi Kay-Hel Gangster. gerenti lebih dari 11 juta pun boleh dapat la wa cakap sama lu.
ok.sebelum aku mengarut lebih lanjut, baiklah aku stop dulu. harap-harap aku sampai KL dengan selamat esok. amin.




Tuesday, 5 July 2011

saya nak jadi masterchef ...........

ok. melihat kepada tajuk entry kat atas ni maybe ramai orang especially yang kenal rapat dengan aku akan muntah darah. sebabnya aku ni nak pegang title chef kat rumah pun rasenye tak tercapai akalku inikan pulak nak jadi masterchef. sebenarnye aku bukan nak jadi masterchef yang tukang masak tu. aku cuma nak jadi masterchef punya juri je. ye. hanya juri. tu je yang aku mintak. sepanjang cuti ni keje aku kan duk tengok tv je. masterchef australia pulak memang salah satu program fevret aku untuk ditonton. so bila tengok peserta-peserta masak tu memang sumpah rasa jeles dengan juri dia. dorang dapat rasa makanan yang sedap-sedap tu. sedangkan aku hanya mampu menelan air liur je kat rumah. cis. ini tidak adil! tu yang berazam nak jadi juri gak tu. tapi bila aku da berazam macam tu, tetiba macam ada suara-suara sumbang berbisik kat telinga aku ni yang cakap, "juri pun kena tau masak jugak. baru boleh judge orang". lantas dengan rasa kecewanya, aku menguburkan niat ku itu. sekian.

p/s: tak sabar nak tengok masterchef malaysia. best ke tak ye? btw maybe sekarang aku tak bape nak pandai masak, tapi insyaAllah aku akan belajar jugak. demi masa depan keluarga yang cerah nanti :p for me, the best chef in the world is my ibu and ayah :)

Monday, 4 July 2011

tewas tapi mara

bola lagi! tapi kali ni team kita tewas la pulak. tapi takpe. kita kalah bermaruah. and the best thing is kita masih layak nak bertanding untuk worldcup. secara peribadinya la kan, aku rasa pengadil dari vietnam tu sangat la tak adil. pemain taiwan pulak macam mengada-ngada. jatuhnya sikit tapi sakit yang dia rasa tu bukan main lagi. muka macam nak nangis. pemain malaysia jatuh aku tengok rilek je dorang. then sikit2 pihak lawan dapat penalti. mana aci. memang masa tengok tadi berbakul-bakul kata-kata cacian dan makian untuk pengadil tu. kecik besar kecik besar je aku tengok die tadi. serius cakap, die tak adil. and aku dapat tahu die jugak yang jadi pengadil masa malaysia lawan indonesia untuk piala suzuki AFF. time tu malaysia kalah jugak. 1-5. bukan aku je cakap camni, kawan-kawan aku kat fb pun sependapat dengan aku. untuk game tadi, taiwan menang dengan 3-2. tapi dari segi aggregate dorang seri. 4 sama. so sebab tu la team kita masih layak lagi untuk next match. kredit untuk encik aidil and encik kapten yang berjaya menjaringkan gol untuk malaysia. untuk next perlawanan ni, skuad harimau malaya terchenta akan lawan singapura. lagi sekali, aku doakan semoga dorang akan berjaya sebab bak kata peminat bolasepak yang lain, malaysia main dengan ikhlas.. amin.

Sunday, 3 July 2011

eh bengang la!

anda penah rasa nak cekik orang? nak marah orang? nak sepak terajang orang? ye itu la yang aku tengah rasa sekarang ni. tapi tak sampai hati pulak nak buat macam tu. aku bukannya sekejam tu kot. cuma aku rasa sikitttt je... tak banyak pun. cuma sikittttt je rasa kecewa bila usaha kita untuk buat sesuatu tu dipandang sepi dan dibuat macam ala-ala sampah gitu. takpe takpe. ujian untuk aku. terima dengan redha. kalau ikut akal aku yang tengah tak stabil ni memang da lama tarik diri dah. tapi memikirkan insan-insan tak bersalah aku teruskan jugak. walau apa-apa pun, aku try gak kuatkan diri and teruskan ikut perancangan asal. you can do it fad! because you're macho. *ok ni geli. bye.